Thursday, September 23, 2021

Sabah dipertimbangkan dapat pusat 999 sendiri 22/9/2021

 


a person walking down the street: Empat beranak maut dalam kebakaran rumah mereka di Penampang, Sabah, pada 7 September lalu. (Gambar Bomba)© Provided by Free Malaysia Today Empat beranak maut dalam kebakaran rumah mereka di Penampang, Sabah, pada 7 September lalu. (Gambar Bomba)

KUALA LUMPUR: Sistem kecemasan 999 mendapat perhatian malam ini, dengan seorang menteri berkata ia akan diperbaiki susulan kematian empat beranak di Sabah yang dilaporkan akibat kelewatan masa tindak balas.

Seorang lagi menteri turut membayangkan negeri itu bakal mendapat pusat panggilannya sendiri.

Empat beranak itu maut dalam kebakaran rumah mereka di Penampang, Sabah, baru-baru ini dengan kritikan hebat terhadap sistem 999 selepas anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian lambat tiba di situ.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata, sistem tindak balas kecemasan itu akan diperbaiki supaya memaparkan maklumat lokasi tepat bagi panggilan diterima oleh pusat panggilan 999.

Susulan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican berkata, kelewatan anggota bomba di Sabah tiba di lokasi di Penampang itu antara lain disebabkan empat alamat berbeza diberikan oleh pemanggil.

Bomba tiba di lokasi yang salah, 4km dari situ, dan terpaksa berpatah balik untuk ke tempat sebenar kebakaran berlaku.

Reezal memberitahu Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini bahawa waktu respons bomba hanya seminit lewat berbanding sasaran 10 minit bagi setiap laporan kecemasan.

Siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati kebakaran bermula lebih awal daripada panggilan kecemasan pertama yang dibuat pada 2.49. Panggilan telah diterima di Ayer Keroh, Melaka, sebelum dialihkan ke ibu pejabat bomba di Sabah.

Walaupun mengakui sistem 999 bukan di bawah kementeriannya, Reezal berkata pihaknya mencadangkan pusat respons di Sabah dan pantai timur Semenanjung.

“Apabila laporan dibuat, dialek orang Sabah mungkin sukar difahami seseorang di Melaka,” katanya.

Satu lagi pusat respons boleh diadakan di zon utara Semenanjung, katanya.

Buat masa ini cuma ada tiga pusat respons di Ayer Keroh, Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak.

Kebakaran di Penampang itu meragut nyawa Matthew Wong, 50, isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, dan anak mereka Brendan, 18, serta Eric, 15.

Wednesday, September 22, 2021

Isu jual Istana Raja Muda: Saarani perlu bertanggungjawab 22/9/2021

 


a large tree in front of a building© Provided by Sinar Harian

IPOH - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Perak menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad untuk bertanggungjawab terhadap penjualan tanah Istana Raja Muda Perak.

Ketua Pejuang Muda Perak, Syahrul Bokhairi Mohamad Saufee berkata, kerajaan negeri yang ada kini tidak boleh dengan mudah menyalahkan kerajaan terdahulu mengambil keputusan menjual tanah tersebut.

Menurutnya, keputusan kerajaan negeri untuk menjual bangunan dan tapak Istana Raja Muda itu bukan satu keputusan yang ideal bagi sebuah negeri yang kaya dengan nilai sejarah perjuangan bangsa Melayu.

"Umum mengetahui bahawa Saarani adalah Exco Perak di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini dan sebagai sebahagian daripada anggota eksekutif kerajaan negeri, sudah tentu beliau perlu bertanggungjawab di atas semangat collective responsibility yang membenarkan apa sahaja keputusan seumpama itu dibuat.

"Pejuang Muda Perak menyarankan agar rakyat terus menyuarakan kegusaran dan bantahan terhadap keputusan penjualan tanah istana ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

graphical user interface, text, application, Word© Provided by Sinar Harian

Menurutnya, Istana Raja Muda satu ketika dahulu pernah dilihat sebagai lambang kedaulatan bangsa yang menjadi saksi perkembangan jatuh bangun era Kesultanan Melayu Perak yang amat dekat di hati masyarakat Melayu.

Syahrul Bokhairi berkata, berbanding melepaskan pegangan tanah berkenaan untuk tujuan pembangunan projek komersial, istana yang terletak hanya beberapa kilometer dari Menara Condong Teluk Intan sewajarnya dipulihara dan dijadikan destinasi pelancongan serta tempat kajian sejarah bagi masyarakat muda generasi demi generasi yang akan datang.

Jelasnya, jika keadaan memerlukan, kerabat dan keturunan istana dirayu supaya tampil untuk bersama-sama menyelamatkan pegangan tanah ini supaya ia kekal milik rakyat Perak.

Pada 19 September lalu, Saarani menjelaskan kerajaan negeri akan melihat semula isu berhubung jualan secara tender terbuka kawasan bangunan istana lama yang dikenali Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.

Menurutnya, perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) berikutan keputusan itu dibuat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Perak bincang semula isu jual istana lama

Perak freezes proposed sale of Istana Raja Muda 22/9/2021

 

a large stone building with grass in front of a house: Istana Raja Muda sits on a 2 hectare site in Teluk Intan. The status of palace reserve land had been revoked last year. (Azam Madzni Facebook pic)© Provided by Free Malaysia Today Istana Raja Muda sits on a 2 hectare site in Teluk Intan. The status of palace reserve land had been revoked last year. (Azam Madzni Facebook pic)

IPOH: A proposed sale of Istana Raja Muda in Teluk Intan has been deferred by the state government after taking public opinion into account, menteri besar Saarani Mohamad said today.

He said the decision to defer the sale was made by the state executive council today, Bernama reported.

The Hilir Perak district and land office had invited tenders for the 2 hectare site of Istana Raja Muda in Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, for commercial and mixed development earlier this year.

Saarani said the district office had proceeded after no public objections were registered to the proposed revocation of palace reserve land of 2.092 hectares, which was approved by the state government in July last year and gazetted in March this year.

He said an investigation was made on Jan 21 this year into the objection period, after which the district and land office went ahead with the sale by tender.

Saarani, at a press conference after the state executive council meeting, also said a sixth pipeline for natural gas is being proposed to run from Bidor to Proton City in Tanjung Malim.

The pipeline will cost RM105 million.

The state government is seeking approval from the Energy Commission to build the pipeline, which will be the sixth in the state, after other networks in Parit Buntar (8km), Taiping (46km), Sitiawan (38km), Teluk Intan (27km) and Kinta Valley (140km).

Sabah dipertimbangkan dapat pusat 999 sendiri 22/9/2021

  Sabah dipertimbangkan dapat pusat 999 sendiri Bilangan miskin tegar di KL melambung 4 kali ganda MRR2 lanes closed from tomorrow, with new...