Selamat Tinggal My Eyebrow Scar !
Aku dah ada eyebrow scar ni sejak berumur 6 tahun lagi. Jadi, tiba masa to say goodbye! Tujuan aku tekad nak buat treatment ni, sebab scar ni buat aku a bit malu untuk berjumpa orang, first impression orangkan, tambah lagi orang tu akan tenung scar aku, masa kecik-kecik siap kena ejek dengan kawan-kawan.π Lagi pun dah lama sangat aku simpan scar ni. So it's time to say goodbye. Hopefully semuanya berjalan lancar. Sebelum nak buat treatment ni, aku survey dulu klinik-klinik yang ok. Setelah sekian lama survey, maka aku jatuh cinta dengan klinik ni dari review pengalaman patient-patient yang pernah buat dekat sini, aku sejenis yang akan cari bad reviews dulu, so far hasil pencarian tu overal good feedback daripada patient dia.
Aku contact klinik ni melalui FB Messenger. Dari FB terus ke WA. Disebabkan pandemik Covid 19 yang masih ada, consultation aku hanya melalui whatsapp, senang je aku cuma perlu send gambar dan inform masalah aku. Beberapa hari lepas tu, dapat la maklumbalas dari klinik. Dorang inform Eyebrow Transplant adalah treatment yang sesuai untuk kes aku. Masa consultation tu, korang boleh je tanya apa-apa soalan berkenaan procedure ke kos dan lain-lain. So, bila dah berpuas hati tu, boleh lah kumpul duit dan set tarikh appoinment datang clinic buat rawatan. Untuk set tarikh appoinment tu aku bayar 50 % dari kos rawatan.
Sehari sebelum appoinment nurse bagi reminder untuk aku breakfast dulu sebelum ke clinic. Then esoknya, lepas bersiap dan setelkan anak-anak aku makan 2 keping roti, air suam dengan vitamin C. Aku memang sejenis yang tak makan heavy bila breakfast. Nanti lepas procedure boleh makan kenyang-kenyang. hahaha Nervous dan excited la katakan.
Sampai di klinik Nurse bernama Zeti sambut dan bawa ke tingkat atas, lounge area dia. Kat situ nurse explain dengan lagi detail tentang procedure yang dorang akan buat. Untuk kes aku dorang akan ambil anak rambut beserta akar dekat belakang tengkuk dan akan tanam di scar tersebut. Selepas dah faham bab proses rawatan aku sign surat pengesahan dan buat baki bayaran kos rawatan. Masa pandemik ni extra caj sebab termasuk kos swab test. First time aku merasa swab test! Lagi satu, if korang ada allergic apa-apa ubat, kena inform nurse ya, so far aku tak ada allergic apa-apa ubat cuma allergic fresh seafood je la. Lepas tu, aku pun tukar baju clinic. Baju dia ala-ala Jepun gitu.
 |
|
Aku pun dibawa ke treatment room. Treatment room dia cantik, π siap pasang TV lagi. Buat aku rasa sangat selesa. Nurse offer nak minum hot milo or tea. Dalam hati ni senyum sampai ke telinga, aku pun minta la milo panas. Sementara nak tunggu doc bersiap boleh la chit chat dengan nurse sambil minum milo. Lepas tu nurse minta kebenaran untuk shave sikit rambut dekat belakang kepala. Finally Doc Jags datang and say Hi kat aku, dapatla bertentang mata dengan Doc Jagsπ haha. Tempat yang dah shave tadi Doc ambil anak rambut kat situ. Bukan semua tau. haha ikutla berapa kuantiti yang perlu sebab doc dah ukur scar aku. Masa jarum bius nak cucuk untuk masuk ubat bius tu jela ada rasa sakit sikit. Waktu proses ambil anak rambut tu tak rasa sakit, sebab dah bius, hanya rasa kepala gerak-gerak je.
 |
|
Then, dorang cuci luka and pasangkan bantal dan pelapik kat leher aku. Masa ambil anak rambut tu buat secara duduk je, sekarang nak tanam kat kening, kena baring. Kerusi yang aku duduk tu boleh dibaringkan. So, aku minta nak ke tandas, buang apa yang patut, mana la tau kan nanti tengah-tengah proses treatment tu haru pula. π Nurse akan cuci kening aku dengan bersih. Bius sikit di bahagian kening. Tak sakit pun. Mata aku ditutup, tak bagi cahaya sikit pun masuk. Masa tanam akar rambut pun tak sakit, cuma rasa kulit kat kening bergerak-gerak. Sebab dah bius kanπ. Doc kata kening susah sikit nak tanam akar anak rambut sebab kena ikut alur kening tu tumbuh.
Taraa! Tak sampai 1 jam, dah selesai pun semua prosedur. Doc Jags hulurkan cermin suruh tengok hasilnya, ada bintik-bintik merah tanda tempat anak rambut tu ditanam. Mula-mula tengok macam pelik la, sebab bintik-bintik kening tu π, bengkak takde sebab dah makan ubat sebelum treatment. Aku siap sambung minum air milo π, rugi pula tak habiskan awal-awal tadi, kan dah sejuk. Lepas tu, aku tukar baju, nurse terangkan cara penjagaan, cara makan ubat. Do's and Don't. Tak boleh gosok area bintik-bintik merah tu. Ada beberapa perkara la yang tak boleh buat sementara waktu, antaranya lukis kening, mekap elakkan bahagian kening, masa mandi tu jangan gosok kening dan semua yang berkaitan dengan kening. Aku dapat ubat pil, ubat sapu, ubat spray dengan spray jenis foam.
 |
|
Untuk info korang anak rambut yang ditanam di kening tu nanti akan tumbuh seperti rambut tau, akan panjang, so perlu maintain trim je. Bab maintain trim kening tu takpe tolak tepi dulu. Nanti aku buat story lain okeh! Ni pun dah bersyukur and happy sangat dah scar dah kena tutup. Habis je treatment, alhamdulillah aku takde rasa pening, mual or muntah. Aku rasa macam biasa je. Aku & husband siap singgah supermarket. ππ
Kat sini lah klinik yang aku buat scar treatment (eyebrow transplant). Korang boleh klik FB GlojaSmart International Clinic, website atau instagram. Korang yang ada masalah scar di kening or rambut macam aku, boleh cuba kat klinik ni okey!.